Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sotong Pedas

Ramuan / Bahan

500 gm sotong (dibersihkan & dikelar-kelar)
3 camca miyak masak
150 ml pati santan
2 labu sedang besar bawang (dihiris bulat-bulat)
2 biji sedang tomato (dihiris)
Garam secukup rasa
1 camca air asam jawa Bahan Tumbuk:
10-12 batang lada merah
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2.5 belacan (dibakar)
1 camca garam

Cara-cara

Pijarkan minyak di atas api yang sederhana. Tumis bahan tumbuk selama 1-2 minit.Kecikan api. Masukkan sotong & santan. Kacau hingga mendidih,kemudian masukkan bawang & tomato. Masak hingga mendidih. Masukkan garam & air asam jawa. Masaklah hingga sotong empuk. Rasalah asam garamnya & angkat dari api. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih,sayur-sayuran kukus & keropok goreng.