Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Pesto Udang

Ramuan / Bahan

3 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 camca teh paprika
1 camca teh herba terragon
Sedikit minyak 2 camca teh garam
Sedikit serbuk lada sulah
3 ekor udang galah
100 gm mentega
1 camca teh pesto

Cara-cara

Satukan separuh bahagian bawang besar, separuh bahagian bawang putih, paprika, herba terragon, minyak, garam dan serbuk lada putih. Masukkan udang dan gaul rata. Bakar udang di atas gril hingga ia kemerahan dan masak. Panaskan mentega, tumis lebihan bawang merah, bawang putih dan air udang. Setelah ia naik bau, masukkan pesto dan sejukkan di dalam peti ais hingga beku. Udang dan pesto ini bolehlah dihidang bersama nasi atau pasta.