Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Cili Api Ikan Bilis

Ramuan / Bahan

200 gram ikan bilis
4 biji kentang
10 biji cili api(ditumbuk)
Sedikit belacan
2 ulas besar bawang merah(ditumbuk)

5 ulas bawang putih(ditumbuk)
sedikit asam jawa untuk diperah
sedikit garam
sedikit gula
sedikit ajinamoto

Cara-cara

goreng ikan bilis dan ubi kentang secara berasingan, kemudian ketepikan. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kemudian tumbuk cili api bersama belacan. asingkan.

panaskan minyak(dlm 3 sudu besar), kemudian tumiskan bawang diselangi cili api yang telah ditumbuk tadi. setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan juga bahan perasa secukup rasa. masak dalam 10-15 minit dengan kadar api yang sederhana, kemudian sedia utk dihidangkan.