Ramuan / Bahan
Ikan Tongkol/Duri(Seludu/Plotan)
**Mayong tdk digalakkan sb agk berbau
½ cwn cuka
segenggan daun kesum
10 tangkai cili kering-gunting sama panjang
2 btg serai-titik
seinci lengkuas-titik
2 camca halba
serbuk kunyit
perasa(garam,gula,aji)
biji sawi-optional,takde pun takpe
1 jag air sederhana besar
Bahan Hiris/Mayang:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 inci halia
Bahan Kisar:
3 labu bwg besar
7 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
¼ cwn jintan manis
1/3 cwn lada hitam
Bahan seulas(tidak dimayang):
30 ulas bawang merah(kecil)
20 ulas bawang putih
5 batang cili besar dibelah tanpa putus
**3 bahan ini/di ats-petua-rendamkan dalm cuka ½ cawan tadi-supaya dia tidak mudah hancur ketika dimasak
Cara-cara
Cara:
1. Ikan dicuci bersih,gaul garam kunyit, goreng sehingga masak dan angkat ketepikan.
2. Dalam periuk sederhana besar, sendukkan minyak gorengan ikan tadi sedikit, tumis bahan2 hiris/mayang hingga kekuningan.
3. Masuk bhn kisar n tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak spy benar2 masak.Serai, lengkuas,cili kering,daun kesum dan halba masukkan sekali.
4. Masukkan bahan yang direndam cuka bersama dengan cuka sekali,masukkan ikan goreng, reneh sebentar(dlm 5 minit) agar semua rempah dan cuka meresap ke dalam ikan. Kemudian masukkan air.
5. Tunggu mendidih, perasakan. Andai kurang rasa masam, tambahkan cuka.Bagi mereka yang alah pada cuka, gantikan dengan asam jawa.Cuma rasa dia tak real dah cam cuka la.
6. Setelah mendidih, perlahankan api,reneh sehingga 15 hingga 30 minit lagi.
7. Tujuan utama adalah utk masakan tahan lama tanpa perlu masuk ke dlm peti sejuk dlm kadar berhari2. Tapi ingat setiap kali kita mkan, sebelum tidur, pastikan panaskan hingga mendidih,tutup api, tudungkan jgan terlampau rapat dan jngan usik atau kacau lagi masakan tersebut. Apa2 masakan pun boleh guna cara ni.(**Petua org lama tanpa peti sejuk)berharian lamanya makanan boleh dimakan.