Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Siakap Stim

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
4 biji cili api
½ inci halia (diketuk)
2 btg serai (dititik hujungnya)
1 biji tomato (potong dadu)
2 potong nenas (potong dadu)
1 sudu sos tiram
2 cubit garam
1 sudu gula
1 gelas air

Cara-cara

1. Tumbukkan bawang putih, merah dan cili.
2. Masukkan ikan siakap ke dalam loyang.
3. Masukkan bawang putih, merah dan cili kedalam loyang yang di isikan ikan siakap tadi
4. Masukkan ke semua bahan ke dalam loyang dan gaul sehingga sebati.
5. Kukuslah sehingga ikan masak lebih kurang 30minit