Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Asam Pedas Lada Hitam Ikan Pari

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan pari sederhana besar nya.
Bahan kisar (untuk di tumis)
30 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
6 biji bawang putih
½ inci halia
½ jari kunyit hidup
2 sudu makan lada hitam biji
Daun kesum (separuh dikisar)
Belacan sebesar bola pingpong

Segenggam asam jawa dicampur dgn dua mangkuk air
Garam secukup rasa
Sedikit gula dan serbuk perisa (jika ingin)
Terung dipotong sebesar 5cm tebal dan di belah dua
Bendi di buang tangkainya
Serai dititik

Cara-cara

Bersih kan ikan pari dgn air limau kasturi dan air asam dan kikis selaput kulit ikan pari supaya hanyir ikan hilang. Panas kan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masuk kan serai yg dititik dan daun kesum. Apabila minyak sudah terbit, masukkan air asam dan kacau hingga sebati. Biar kan mendidih seketika dan masukkan ikan dan terung. Apabila mendidih masukkan bendi dan tunggu selama 5minit dan padam kan api.