Ramuan / Bahan
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil jintan putih
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit lada hitam dan garam
½ sudu kecil madu
5 ulas bawang putih - kupas belah dua
1 cm halia - hiris
¼ sudu kecil biji sawi ½ sudu kecil halba
Sedikit minyak untuk menumis
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 pelepah daun kari
2 tangkai cili kering - gunting dua basuh dan keringkan
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
¼ cawan air
½ keping asam gelugur
Cara-cara
Sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga wangi kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan serbuk cili, kunyit dan sedikit air, jadikan pes. Bersihkan ikan tenggiri masam, tuskan dan panggang atas kuali leper yang bersapu sedikit minyak, sambil dibalik-balikkan hingga masak. Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali, goreng cili hingga kembang dan wangi, angkat serta ketepikan. Dengan menggunakan lebihan minyak yang masih tinggal, tumis bawang merah dan putih yang telah dihiris sehingga wangi. Masukkan pes campuran rempah diikuti halia hiris, tumis hingga wangi. Tuangkan air dan masukkan asam keping, apabila mendidih masukkan ikan kering panggang tadi dan bawang putih belah. Balik-balikkan hingga rata dan kuahnya hampir kering. Sebelum diangkat masukkan halba, biji sawi, daun kari, madu dan cili kering goreng.