Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Tempoyak Ikan Keli & Tauge Kasar

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan keli
7-8 biji cili padi ditumbuk
8 sudu makan tempoyak
50g tauge kasar
2 batang serai yang dititik




½ sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit gula
sedikit bahan perasa
air

Cara-cara

1.Bancuh tempoyak bersama-sama air didalam periuk.Kemudian masukkan cili padi dan serai yang dititik tadi.
2.Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan ikan keli yang telah dipotong dua dan dibersihkan.
3.Buka api dan masak tempoyak ini hingga mendidih.
4.Masukkan tauge kasar yang telah dibersihkan. Kacau seketika dan masukkan garam,gula dan perasa.
5.Biarkan tauge kasar ini lembut sikit.
6.Setelah itu, tutup api dan tempoyak siap dimasak.