Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Tauhu Sumbat Kukus / Tauhu Sumbat Goreng (mengukus / menggoreng)

Ramuan / Bahan

100 gm ikan tenggiri
1 sudu kecil tepung jagung
4 keping tauhu kuning
3 ulas bawang merah 1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak
Garam & lada sulah (secukup rasa)

Cara-cara

Sediakan pes ikan & campur dengan tepung jagung & bahan perasa. Sediakan sayur-sayuran. (a) Kupas, basuh & mayang bawang merah. (b) Basuh dan keringkan tauhu kemudian di belah menyerong & turiskan di tengahnya. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang merah hingga kuning & keluarkan untuk hiasan. Sediakan tauhu sumbat. Sumbat ruangan yang dituris dalam tauhu dengan pisau yang dicelup dalam air garam. Memasak tauhu sumbat. Letak tauhu dalam pinggan enamel. Renjiskan sedikit kicap cair & kukus selama 20 minit / goreng dalam minyak yang panas & tus betul-betul di atas kertas penyerap. Hidangkan tauhu sumbat dalam pinggan bujur & hiaskan dengan bawang goreng. Hidang dengan sos cili.