Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Stik Tenggiri Dengan Sos Kunyit

Ramuan / Bahan

Bahan sos:

10 gm mentega
½ camca serbuk kunyit
½ camca serbuk jintan
200 ml krim
Garam
Lada sulah 180 gm ikan tenggiri
100 gm lik
2 ulas bawang merah (dimayang halus)
Sedikit mentega
Garam
Lada sulah

Cara-cara

Panaskan kuali leper. Gril ikan tenggiri bersama mentega selama tiga minit.

Goreng lik bersama bawang merah sehingga kekuningan.

Kemudian taburkan perasa garam dan lada sulah ke atasnya.

Untuk sosnya pula, satukan kesemua bahan dan masak di atas api yang perlahan.

Tuangkan sos ke atas ikan tenggiri bersama lik. Hidangkan.