Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Solok Ikan

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan kembung (besar)
2 ulas bawang putih
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng 10 ulas bawang merah
½ sudu teh lada hitam
Sedikit garam
½ biji kelapa (parut dan tumbuk)

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan buang tulang tengah serta kikis isinya tetapi jangan sampai terkoyak kulit.

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam.

Campur isi ikan yang dikikis tadi dengan bahan tumbuk. Tumbuk semula hingga sebati. Campurkan telur dan garam.

Masukkan bahan tumbuk ini ke dalam kulit ikan dan bentukkan menjadi seperti ikan dan goreng.