Ramuan / Bahan
180 g sirip yu, dibersih dan disejat
180 g isi ketam
60 g isi ayam, direbus dan dipotong kecil-kecil
6 biji telur
1 camca besar minyak jagung
1 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh garam 1 camca besar kicap putih
½ camca teh serbuk perasa
5 camca besar minyak masak
50 g tauge
Daun bawang secukupnya, dihiris halus
2 batang daun ketumbar, dihiris halus
3 helai daun salad, dihiris halus
180 g isi ketam
60 g isi ayam, direbus dan dipotong kecil-kecil
6 biji telur
1 camca besar minyak jagung
1 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh garam 1 camca besar kicap putih
½ camca teh serbuk perasa
5 camca besar minyak masak
50 g tauge
Daun bawang secukupnya, dihiris halus
2 batang daun ketumbar, dihiris halus
3 helai daun salad, dihiris halus
Cara-cara
Satukan sirip yu bersama isi ketam, ayam, telur, minyak jagung, lada sulah, garam, kicap putih dan serbuk perasa di dalam mangkuk. Gaul hingga ia sebati. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng tauge, seminit. Ketepikan. Panaskan kuali lain, tuang campuran sirip yu, kacau ia perlahan-lahan sambil dimasukkan baki minyak masak tadi sedikit demi sedikit hingga ia masak. Masukkan tauge bersama daun bawang, goreng sebentar sambil dikacau hingga ia sebati. Bubuh masakan tadi di dalam pinggan. Tabur daun ketumbar bersama daun salad di atasnya.