Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Serondeng Ikan

Ramuan / Bahan

½ kg ikan (ikan yang tidak banyak tulang)
½ biji kelapa parut, ambil pati santan
10 biji cili kering
200 g bawang merah
100 g bawang putih 2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan dan rebus. Asingkan isi ikan dengan tulang. Perah kelapa menggunakan air rebusan ikan dan ambil empat cawan pati santan pekat. Gunting halus cili kering. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan garam digiling lumat. Campurkan ikan, pati santan dan bahan giling ke dalam kuali. Masak di atas api sederhana besar. Kacau selalu agar ia tidak hangus. Apabila hampir kering masukkan cili kering. Kacau hingga serondeng kering sebelum diangkat dan dihidang.