Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Segi Tiga Serunding Sardin

Ramuan / Bahan

7-8 keping roti
150 gm majerin
Minyak masak
6 ekor sardin (dilecek)
2 ulas bawang putih (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
2 tangkai daun saderi (dicincang) 3 camca besar krim keju
1 camca besar serbuk kari
1 kiub pati ikan (dijadikan serbuk)
4 camca besar kelapa parut
1 camca besar pes cili
½ camca teh serbuk kunyit
Garam
Gula

Cara-cara

Hiris sekeliling roti dan potong segitiga. Sapu majerin dan ketepikan.

Untuk membuat serunding, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan da kacau hingga garing.

Ambil secamca besar serunding dan ratakan di atas roti tadi. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah Celcius.