Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Tumis Ikan Bilis sedap

Ramuan / Bahan

semangkuk ikan bilis
1 sudu besar udang kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar asam jawa
semangkuk air
12 biji cili kering
sedikit garam dan gula
sedkit ajinomoto

Cara-cara

1. goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan sejukkan.
2. kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih, udang kering sehingga hancur.
3. tumiskan bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau.
4. tambahkan sedikit air, air asam jawa, garam, gula dan ajinomoto.
5. masukkan ikan bilis yg telah digoreng dan biarkan seketika.
6. sambal ikan bilis sedap telah siap dan boleh dihidangkan.