Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Rendang Pedas Ikan Tongkol

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan tongkol
1 biji kelapa
12 biji cili kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai 1 helai daun kunyit
Sedikit kerisik
Sedikit halia
Garam serta serbuk perasa secukup rasa.

Cara-cara

Ikan dibersihkan kemudian dipotong-potong mengikut kegemaran masing-masing, dibasuh serta toskan airnya. Giling cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, halia dan lengkuas hingga lumat. Kelapa diperah ambil santannya secukup pekat yang disukai. Pijarkan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah digiling tadi. Bila agak garing masukkan santan tadi. Bila mendidih masukkan ikan serta daun kunyit. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Masak dengan api yang sederhana. Bila telah kering bolehlah diangkat untuk dihidangkan.