Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Pindang Ikan

Ramuan / Bahan

4 ekor ikan kembung sederhana besar
Daun kunyit
Garam serta serbuk perasa
1 cm halia (dimesin)
2 batang serai (diketuk) 8 biji cili api
½ biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Serbuk kunyit
2 cawan air

Cara-cara

Bersihkan ikan dan gaul bersama daun kunyit hiris, halia, serai, cili api tumbuk, bawang besar, bawang putih, garam serta serbuk perasa.

Susun ikan ke dalam kuali yang dialas dengan daun kunyit. Kemudian masukkan serbuk kunyit dan air. Rasakan garamnya.

Masakkan ikan sehingga air kering atau sehingga ikan masak. Angkat dan hidangkan.