Otak

Ramuan / Bahan

1 tin Sardin Yeo's, dibuang tulang dan ketepikan sos
6 helai daun limau purut, dicincang halus
2 biji telur, dipukul sedikit
cawan (7.5gm) gula
1 sudu kecil (15 gm) garam
cawan (120 gm) santan pekat
3 sudu kecil (15 gm) serbuk kari
3 sudu kecil (15 gm) minyak masak Bahan-bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
10 biji cili kering
2 batang serai
3 biji buah keras
24 helai daun kaduk, diletak atas daun pisang, dilipat berbentuk kotak.

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk kari. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur, daun limau purut dan 1 tin sardin Yeo's. Sedukkan ke dalam kotak-kotak daun pisang dan kukus selama 15 minit.