Ramuan / Bahan
1 kati ikan pari
½ biji kelapa
10 biji cili api
2 batang serai 2 keping asam gelugur
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
½ biji kelapa
10 biji cili api
2 batang serai 2 keping asam gelugur
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara
Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka. Cili api, bawang merah dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat. Kelapa diperah ambil santannya. Serai dititik-titikkan.
Masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat tadi ke dalam periuk bersama santandan serai jerangkan di atas api kemudian masukkan asam gelugur. Biarkan hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan ikan kemudian tambah garam serta serbuk perasa secukupnya. Biarkan sehingga kuahnya pekat. Setelah ikan masak bolehlah diangkat.