Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Masak Asam Ikan Patin

Ramuan / Bahan

Seekor Ikan patin Sangkar (800grm)
Setangkai Daun Kesom
6 keping asam gelugor
2 cm kunyit hidup
2 sudu besar asam tempoyak (jika ada)



15 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
2 tangkai bunga kantan
2 ulas belimbing buluh (jika ada)
10 ulas petai (jika perlu)
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Bersihkan ikan patin dan potong 2 atau 3 keping mengikut kesesuaian. Kisarkan cili merah, cili padi dan kunyit. masukkan bahan yang dikisar tadi dalam periuk dan masukkan air 5 atau 6 cawan. Masukkan pula asam keping, bunga kantan, petai dan tempoyak. Masak bahan-bahan tersebut bili mendidih masukkan ikan. Biarkan selama 10 minit di atas api.