Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Lemak Pedas Ikan Merah

Ramuan / Bahan

2 keping ikan merah
2 cawan santan
10 tangkai cili api
2 biji tomato 1 keping asam keping
Serbuk kunyit
Garam

Cara-cara

Bersihkan ikan dan masukkan ke dalam periuk bersama cili api, asam keping, kunyit dan garam. Jerang sebentar kira-kira lima minit.

Setelah itu masukkan santan dan biar mendidih. Kacau perlahan-lahan supaya kuah tidak pecah minyak.

Bila hampir hendak diangkat, baru masukkan tomato. Rasakan garam dan angkat.