Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Keli Masak Serai

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan keli sederhana besar (dipotong 2)
serbuk kunyit
garam
sedikit cili boh bahan A
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci halia
5 batang lada besar (merah)
10-12 biji cili padi

2 biji tomato (dipotong 8)
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
garam
gula
minyak

Cara-cara

- ikan keli dipotong kepada 2 bahagian dan diperap seketika dengan serbuk kunyit, garam dan cili boh dan kemudian digoreng
- bahan-bahan A dikisar halus
- panaskan minyak dan tumis bahan A yang telah dikisar halus
- tumis sehingga naik minyak
- masukkan garam dan gula
- masukkan sos cili dan sos tomato
- masukkan ikan keli yang digoreng tadi dan kacau sehingga sebati
- kemudian masukkan tomato yang telah dipotong 8