Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kari Kepala Ikan

Ramuan / Bahan

Kepala ikan (Jenahak/Ikan merah atau yang sesuai)

Bahan A :-
1/3 halba
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh biji sawi
½ sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
Bahan B:-

4/5 biji bawang merah}ditumbuk
3 ulas bawang putih}
2 cm halia (di mayang)
Daun kari secukupnya

Bahan C:-

3 sudu serbuk kari Baba's (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes)
1 sudu serbuk cili Baba's
½ - ¾ cawan air asam jawa pekat
½ kilo santan (1 biji kelapa diambil santannya)
Air secukupnya

Bahan D:-

6 biji Bendi
3 biji cili hijau} dibelah dua
3 biji cili merah}

Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

1. Kepala ikan dibersihkan, ketepikan.

2. Masukkan dahulu halba kedalam minyak yang belum panas, kemudian barulah ditumiskan bahan-bahan A. Setelah itu, masukkan Bahan B. Tumis sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan pes kari dan serbuk cili. Kacau. Setelah bahan tumisan naik minyak, tuangkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian barulah dituangkan santan dan bolehlah masukkan kepala ikan kedalamnya. Kemudian masukkan Bahan D, biarkan menggelegak sehingga kepala ikan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.