Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kari Kepala Ikan

Ramuan / Bahan

1 kg kepala iakn tenggiri
1 paket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu halba campur
1 biji kelapa (ambil santannya) 1 tangkai daun kari
3 biji buah tomato
3 biji cili muda
5 tangkai kacang bendi
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Bawang putih dan bawang merah dimayang halus. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan halba campur, daun kari dan bawang yang dimayang tadi hingga naik baunya. Kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga garing. Setelah itu, masukkan santan, garam, serbuk perasa dan asam jawa. Apabila sudah mendidih, amsukkan kepala ikan tadi. Masak dengan api yang sederhana kuat. Setelah itu, masukkan cili muda, buah tomato dan kacang bendi dan masak untuk seketika. Angkat dan hidangkan.