Kari ikan Sihat (Tiada Santan)

Ramuan / Bahan

500gm Ikan bawal/lain2 ikan

Bahan a
cawan minyak masak
5 ulas bawang merah- dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus
7 helai daun kari
50 gm halba campur


Bahan b
1 paket rempah kari ikan
2 sudu besar serbuk lada
1 cawan air (gaulkan rempah kari dan lada)
100gm asam jawa- dijadikan air asam
secubit garam

Bahan c
7 biji bendi
2 biji tomato- dipotong 4
2 biji cili besar

Cara-cara

Panaskan minyak masak,tumiskan bahan a sehingga layu. Masukkan bahan b, kacau perlahan-lahan sehingga pecah minyak.Masukkan ikan, biarkan seketika supaya rempah serap ke dalam isi ikan tersebut sebelum masukkan air sehingga ikan tenggelam.Masukkan bendi. Apabila sudah mendidih, tutup api dan masukkan tomato.