Kari Ikan Nyonya

Ramuan / Bahan

6 keping ikan tenggiri
4 biji kacang bendir
biji terung bulat
1 cawan santan
5 sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Sedikit garam dan gula
Minyak masak secukupnya Bahan kisar:

50 gm cili kering
50 gm bawang merah
50 gm bawang putih
50 gm halia
50 gm lengkuas
50 gm udang kering
2 batang serai (dititik)

Cara-cara

Tumiskan bahan kisar hingga garing. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dan biarkan sekejap.

Kemudian masukkan santan, terung dan bendir.

Apabila mendidih, masukkan ikan dan masaklagi hingga pekat dan mendidih.