Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Makaroni Bakar Dan Mayonis

Ramuan / Bahan

1 peket makaroni (di rebus dengan sedikit garam & minyak)
1 botol kecil mayonis
1 peket daging cincang
3 ulas bawang putih dicincang
2 biji terung tomato
1 biji terung panjang (dipotong bulat2 dan digoreng didalam minyak panas)
2 biji kentang-besar(di potong nipis2 dan digoreng didalam minyak panas)
Garam secukupnya

Cara-cara

Tumiskan bawang putih sehingga naik bau n masukkan daging cincang, masak sehingga air daging tersebut kering.
Sediakn loyang untuk membakar, susun kentang yang telah digoreng dilapisan paling bawah, then letakan daging cincang, kemudian letakan mayonis satu lapisan, then lapiskan dengan makaroni, then terung, lapiskan lagi dengan mayonis, berselang seli sehingga bahan tersebut habis, last sekali mayonis & hirisan (bulat) tomato. Lapisan tersebut hendaklah dipadatkan (ditekan2)
Kemudian bakar dalam ketuhar sehingga masak. Boleh jugak ditaburkan cheese pada lapisan atas sekali jika suka