Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan tongkol asam pedas

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan tongkol yang sudah siap dibersihkan.
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato(yang masak)
5 tangkai lada kering
3 sudu besar asam jawa
3 biji lada besar (merah) Sedikit minyak masak yang telah digunakan bagi tujuan menumis
sedikit air
garam dan serbuk perasa

Cara-cara

1.Bahagikan bawang putih kepada 2 bahagian.1 dilumurkan dengan sedikit garam dan halia.
2.Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam tadi,perapkan ikan tadi sebentar.
3.Sementara menunggu ikan diperep, mesin bahan-bahan seperti lada kering tomato, bawang besar,lebihan bawang putih,halia dan lada besar.
4. Tumis bahan tadi dengan minyak yang telah digunakan sehingga harum dan masukkan air asam jawa,,tunggu hingga pekat sedikit,masukkan sedikit garam dan serbuk perasa,kecilkan api.
5. Ikan yang telah diperap dan dibakar hingga masak.
6. Angkat, kemudian tuangkan sos yang telah dibuat tadi...keatas ikan yang telah masak.