Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Tenggiri Lengat

Ramuan / Bahan

300 gm ikan tenggiri
2.5 cm belacan
1 cm halia
4 biji cili merah
½ biji kelapa parut
8 labu bawang merah 4 ulas bawang putih
2 sudu besar asam jawa
1 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu teh kunyit serbuk
2 pelepah daun pisang
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan dan kerat 3 cm persegi. Ketepikan. Hiris bawang dan cili. Tumbuk bawang putih. Tumbuk kelapa parut hingga halus. Campurkan kelapa parut bersama serbuk ketumbar, kunyit dan bawang putih. Masukkan garam. Ramas asam jawa dengan air dan belacan. Masukkan ke dalam campuran ini. Gaulkan ikan bersama ramuan hingga rata. Kerat daun pisang 8 cm persegi. Letakkan ikan di atas daun pisang. Bungkus dan semat dengan lidi. Letakkan bungkusan ikan dalam bekas kukusan. Apabila air dalam periuk kukusan mendidih, masukkan bekas kukusan bersama bungkusan ikan untuk dikukus hingga masak. Kemudian angkat dan sejukkan.