Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Sumbat Kelapa

Ramuan / Bahan

4 ekor ikan kembung
½ biji kelapa parut
1 cm kunyit
1 helai daun kunyit (dimayang)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 cm belacan 2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 biji cili merah
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara-cara

Ikan dibersihkan dibelah bahagian belakang. Kemudian gaulkan isi ikan dengan sos tiram & garam. Cili merah , kunyit, bawang merah, kelapa parut & garam digiling halus. Kemudian campurkan sos tomato. Sumbatkan bahan-bahan kelapa tadi ke dalam ikan yang telah diperap tadi. Panaskan minyak & goreng ikan sehingga garing.