Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Siakap Kukus Special

Ramuan / Bahan

1 ekor siakap
3 ulas bawang merah ( di mayang halus)
2 ulas bawang puteh (di mayang halus)
½ cm halia (dimayang halus)
serbuk kurma ½ paket 1 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang puteh (kisar)
1 cm halia(kisar)
1 cm lengkuas(kisar)
2 btg serai(kisar)
100 gram cili kering (kisar)
(kalau nak pedas tambah)
minyak utk menumis
gula & garam secukup rasa
asam keping/asam jawa

Cara-cara

bahan A
Setelah bersihkan ikan lumurkan serbuk kurma pada ikan, letakkan dlm pinggan pengukus kemudian masukkan bahan-bahan yang di mayang tadi.Kemudian kukus ikan sehingga separuh masak.
Bahan B
Kisar semua bahan- bahan B kemudian tumiskan sehingga naik minyak dan bahan-bahan B masak dan masukkan garam,gula dan asam jawa atau asam keping secukup rasa.kemudian taburkan keatas ikan kukus yang separuh masak tadi dan kukus sehingga ikan masak sepenuhnya.Setelah masak angkat dan hidang kan