Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Percik

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan kembung yang besar
1 mangkuk santan pekat
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih 1 cm halia
garam secukup rasa
sedikit gula
1 keping asam gelugur

Cara-cara

1.Ikan kembung dibersihkan serta dikelar memanjang.
2.Lumurkan ikan dengan garam yang ditumbuk bersama bawang putih. Biarkan sekejap dan kemudian dipanggang hingga masak.
3.Bawang merah, bawang putih dan halia dimesin lumat.
4.Masukkan santan bersama bahan yang dimesin tadi beserta asam keping, garam dan gula.
5. Kacau sehingga menggelegak. Angkat dan tuangkan ke atas ikan tadi dan bakar lagi.