Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Percik

Ramuan / Bahan

500 gm ikan bawal (digoreng)
5 batang serai (dititik)
20 gm serbuk kunyit
2 cawan santan
Minyak masak
Garam
Gula Bahan dikisar:

10 ulas cili merah
3 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.

Masukkan serai dan serbuk kunyit. Tumis hingga naik minyak.

Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih.

Tuang kuah ke atas ikan yang telah digoreng.