Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Masak Manis

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan (beratnya kira-kira 1 ½lb)
2 jambak daun bawang
2 potong halia
1 sudu garam
1 butir telur (ambil kuningnya)
1 cawan lemak lembu 1 cawan minyak makan
1 labu bawang putih
Gula secukup rasa
1 cawan cuka
½ botol kicap tomato
Sedikit serbuk lada hitam
Cili merah (dipotong)

Cara-cara

Ikan dibersih & ditos. Potong bahagian daging ikan kelilingnya anggaran 1/2 inci tebal, gaul dengan garam. Sebelum digoreng hingga garing celupkan ikan itu ke dalam kuning telur, salutkan dengan lemak lembu. Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan kicap tomato, gula, lada hitam & air. Bila menggelegak tambah lemak lembu hingga pekat, tambah minyak makan anggaran 1 sudu, kacau. Curahkan kuah itu ke atas ikan yang telah digoreng tadi.