Ramuan / Bahan
1 hiris halia
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar 2 sudu kecil taucu (jika suka)
2 kaki cendawan (kulat)
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil kicap cair
Garam dan lada sulah (secukup rasa)
Cara-cara
Biarkan cendawan berendam dengan air. Sediakan pengukus. Sediakan ikan. Bersihkan ikan, jangan memotong sirip dan ekornya terlalu pendek. Perasakannya dengan garam dan lada sulah. Sediakan sayur-sayuran. Cincang bawang putih dan taucu, mayang halia dan cendawan, potong daun bawang sepanjang 4 cm dan petik daun ketumbar. Letakkan ikan dalam pinggan enamel. Taburkan bawang putih, halia, cendawan dan taucu di atas ikan. Tuang 1 sudu besar air, minyak, kicap cair & sedikit lada sulah ke atas ikan itu. Memasak ikan. Kukus ikan selama 10-20 minit bergantung kepada saiz ikan itu. Apabila telah masak pindahkan ke dalam pinggan bujur yang suam perlahan-lahan serta hiaskan pula dengan daun bawang & daun ketumbar. Hidangkan semasa panas.