Ramuan / Bahan
5 ekor ikan kembong segar
2 biji tomato
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
½ cawan santan
5 sudu besar sos cili
1 camca kecil gula
Garam secukup rasa
Daun pisang
2 biji tomato
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
½ cawan santan
5 sudu besar sos cili
1 camca kecil gula
Garam secukup rasa
Daun pisang
Cara-cara
Ikan kembong dipotong dan dibersihkan. Sapukan sedikit garam halus pada ikan dan perap lebih kurang 5 minit.
Kisar semua bahan lain hingga halus.
Letakkan daun pisang (saiz yang cukup untuk meletakkan 5 ekor ikan tadi) ke atas kuali dan susun ikan di atasnya.
Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke atas ikan dan tutup kuali. Buka api perlahan.
Masak hingga bahan kisar menjadi pekat. Balikkan ikan dan biar lagi hingga kuah kering dan bersalut pada ikan.