Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Goreng Dengan Telur & Serbuk Roti (menggoreng)

Ramuan / Bahan

2 potong ikan senangin / merah
1 biji telur
120 gm serbuk roti (saduran)
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa
1/3 kuali minyak Hiasan:
2 hiris limau
2.5 cm timun
1 biji tomato

Cara-cara

Sediakan ikan. Bersihkan ikan & perasakan dengan garam & lada sulah. Sediakan saduran & panaskan minyak. Pukul telur di dalam pinggan. Taburkan serbuk roti di atas sekeping kertas minyak. Sediakan hiasan. Basuh & hiris timun & tomato. Aturkan dengan menarik di sekeliling tepi pinggan bujur. Goreng ikan. Celup ikan di dalam telur yang telah dipukul & sadurkan dengan serbuk roti sebanyak dua kali. Goreng di dalam minyak panas hingga kedua-dua belah menjadi kuning. Tus betul-betul di atas kertas penyerap yang telah dironyokkan & hidang di dalam pinggan bujur. Hiaskan di bahgian atas ikan itu dengan membentukkan kepingan-kepingan limau nipis itu seperti kupu- kupu.