Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Cencaru Belah Belakang

Ramuan / Bahan

600 gm ikan cencaru
7 biji cili merah
4 labu bawang merah
1 sudu besar air asam jawa 1 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan minyak
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Siang ikan seekor-seekor dan belah belakangnya. Sapukan serbuk kunyit dan ketepikan. Tumbuk atau mesin cili dan bawang merah. Gaul cili mesin bersama gula, garam dan air asam jawa. Sumbatkan cili di bahagian ikan yang dibelah. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga garing.