Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Bilis Bersalut Tempoyak

Ramuan / Bahan

ikan bilis
tempoyak
cili padi ditumbuk
garam
gula
bahan perasa

Bawang Merah dihiris halus
Bawang putih dihiris halus

Cara-cara

ikan bilis digoreng sehingga garing. Kemudian ikan bilis diangkat. Masukkan sedikit minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus. Setelah nampak kekuningan masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama-sama tempoyak. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan bahan perasa jika mahu. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.