Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Betutu Masak Tempoyak

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan betutu sederhana besar
60 gm tempoyak
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 ulas bawang besar (dikisar)
1 biji buah tomato (dipotong empat bahagian)
2 biji cili merah (dibelah dua) 1 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
1 sudu serbuk kunyit
6 biji cili padi (ditumbuk)
½ biji kelapa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar sehingga garing.

Masukkan air dan biarkan ia mendidih seketika.

Masukkan serai, asam keping, tempoyak, tomato, cili merah, santan, garam dan gula secukup rasa dan biarkan ia beberapa minit.

Masukkan santan dan perlahankan api. Setelah ikan masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.