Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Bawal Taucu

Ramuan / Bahan

Bahan-bahannya
2 ekor ikan bawal yg.sedang besar
10 ulas bawang bawang merah
8 ulas bawang putih
4 biji lada merah besar(hiris buang biji)

2 biji bawang besar (hiris bulat)
5 biji cili padi 4 sudu makan taucu manis
Sedikit belacan (jika suka)
Sedikit minyak makan utk menumis
Air Asam jawa, gula dan Ajino moto

Cara-cara

Bersihkan ikan. Tumbuk bawang merah,putih , cili padi dan belacan hingga lumat kemudian tumis hingga naik wangi dan masukkan lada besar dan bawang besar kemudian masukkan ikan bawal biarkan sekejap dan masukkan air asam jawa,gula dan ajino moto. Biarkan mendidih dan bila ikan dah masak dan kuah pekat angkat dan hidangkan.