Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Bawal Masak Asam

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal besar
10 gm campuran halba
20 gm belacan (ditumbuk)
1 biji buah tomato (dicincang)
50 gm air asam jawa
2 keping asam keping
50 gm sos cili
Garam Bahan dimayang:

100 gm bawang merah
40 gm bawang putih
40 gm halia
50 gm cili kering

Cara-cara

Goreng ikan sehingga garing. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dimayang sehingga naik baunya.

Masukkan halba, sos cili dan air asam jawa dan biarkan sebentar.

Masukkan buah tomato dan jika suka masukkan bawang besar dan cili merah yang telah dihiris kasar.

Masukkan garam secukupnya dan setelah masak, tuangkan ke atas ikan dan sedia untuk dihidang.