Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Bawal Masak Arab

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal (digoreng)
1 cawan minyak kelapa
9 biji cili kering
8 ulas bawang putih
1 camca besar kacang tanah (digoreng dan dibuang kulitnya)
2 camca besar cuka
1 biji telur 2 camca sedang minyak sapi
1 camca besar jintan putih
15 ulas bawang merah atau 5 labu bawang besar
2 sm halia
½ cawan air sejuk
Sedikit gula, garam dan serbuk kunyit

Cara-cara

Ikan bawal dibersihkan dan ditoskan. Telur dipukul bersama serbuk kunyit dan disapukan pada ikan. Panaskan minyak masak dicampur minyak sapi, gorenglah hingga kuning. Bawang merah, bawang putih, cili kering, jintan putih, halia dan kacang tanah yang telah digoreng, digiling halus-halus. Bahan-bahan yang digiling tadi ditumiskan dengan minyak gorengan ikan tadi. Gorenglah rempah ini hingga garing. Masukkan air, cuka, garam dan gula. Masaklah hingga pekat. Hidangkan ikan di dalam pinggan bujur dan tuangkan kuah di sekeliling ikan. Hiaskan dengan cili merah dan bawang besar yang dihiris sesuka hati.