Ramuan / Bahan
1 ekor ikan bawal hitam yang sederhana
besarnya
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato
2 ulas bawang putih
5 sudu besar sos tomato
1 sm kunyit hidup ½ cawan Kelogg's Cornflakes ditumbuk hingga halus
2 biji cili hidup
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang
Sedikit daun salad
besarnya
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato
2 ulas bawang putih
5 sudu besar sos tomato
1 sm kunyit hidup ½ cawan Kelogg's Cornflakes ditumbuk hingga halus
2 biji cili hidup
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang
Sedikit daun salad
Cara-cara
Ikan bawal dibersihkan tetapi jangan dipotong. Setelah itu gaulkan dengan sedikit garam serta kunyit hidup yang telah ditumbuk. Perapkan untuk selama 15 minit kemudian digoreng hingga masak. Bawang besar, tomato, dan bawang putih dimayang hingga halus. Ambil sesenduk minyak bekas menggoreng tadi dan panaskan di dalam kuali setelah itu tumiskan bahan yang telah dimayang tadi hingga garing, kemudian masukkan sos tomato, garam serta ikan tadi. Sambal dibalik-balikkan setelah itu masukkan Kelogg's Cornflakes tadi. Bila telah mendidih dan pekat bolehlah diangkat.