Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Asam Pedas Kering Atau Ikan Ampap

Ramuan / Bahan

1000 gm ikan tenggiri
100 gm bawang merah
30 gm bawang putih
30 gm halia
30 gm kunyit hidup 150 gm cili boh
10 biji asam akob-akob (boleh juga digantikan dengan asam keping atau asam jawa)
5 batang serai
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara

Bersihkan ikan dan potong setebal 2 hingga 3 inci. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili boh digiling halus. Masukkan bahan giling, cili boh, serai, air asam jawa dan bahan perasa ke dalam kuali. Gaul hingga sebati. Masukkan ikan dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan hingga kuah pekat. Hidangkan.