Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Asam Nanas

Ramuan / Bahan

500 ml air
2 keping asam gelugur
½ biji nanas, dihiris sederhana tebal
450 g ikan tenggiri, dipotong nipis dan dilumur sedikit garam
1 camca teh gula pasir 1 camca teh garam
8 biji cili merah, digiling lumat
8 biji cili padi, digiling lumat
2 batang serai, dititik
10 biji bawang merah, digiling lumat
2 cm kunyit hidup, dititik

Cara-cara

Satukan bahan giling bersama air di dalam periuk dan jerang di atas api sederhana. Biar hingga ia mendidih perlahan-lahan. Masukkan asam gelugur, biar ia mendidih di atas api kecil, 10 minit. Masukkan hirisan nanas, biar ia mendidih, lima minit. Kemudian masukkan ikan tenggiri bersama gula pasir dan garam. Biar ia masak, 10 minit.