Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Gulai Ikan Kacang Lendir

Ramuan / Bahan

600 gm ikan bawal hitam/tenggiri/senangin
10 biji kacang lendir (bendi)
1 biji kelapa
3 sudu rempah kari ikan
3 sudu besar minyak 2 sudu besar air asam jawa
½ sudu teh halba campur (halba bersama biji sawi)
2 labu bawang merah
10 helai daun kari
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan dan potong ikut saiz yang digemari. Bersihkan kacang lendir dan kikis bulu yang terdapat pada kulitnya. Jika suka potong kacang itu sepanjang 3 cm. Seelok-eloknya biarkan kacang sebiji-sebiji. Hiris bawang merah dan campur dengan halba campur dan daun kari. Tumis hingga kuning. Bancuh rempah kari dengan sedikit. Masukkan kari ke dalam tumisan bawang dan kacau perlahan. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Apabila rempah berbau wangi, masukkan santan dan kacau sekejap. Masukkan kacang bendi. Selepas 2-3 minit masukkan ikan. Apabila kacang lendir telah masak masukkan air asam jawa dan garam. Kacau rata-rata dan angkat.