Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Bawal Gulung Bersos

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan bawal
25 gm badam urai, dibakar
1 biji limau (oren), diparut kulitnya dan diambil perahannya
25 gm serbuk roti
3 camca besar hirisan parsli
3 camca besar hirisan bunga kantan
1 biji telur
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Lidi koktel
1 biji limau susu, diambil perahannya
¾ cawan air 1 camca besar air rebusan ikan
1 camca besar minyak - bahan sos
1 biji bawang besar, dicincang - bahan sos
1 batang saderi, dicincang - bahan sos
2 biji cili merah, dibuang biji dan dicincang - bahan sos
½ camca teh serbuk ketumbar - bahan sos
½ camca teh serbuk jintan manis - bahan sos
½ biji lada benggala hijau, didadu - bahan sos
425 gm tomato berkaleng, dicincang - bahan sos
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

Ikan dibelah-belah dan diambil isinya sahaja. Satukan badam, kulit limau dan perahan limau (1 camca besar sahaja), serbuk roti, separuh bahagian daun parsli, separuh bahagian bunga kantan, telur, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk. Gaul hingga sebati dan menjadi seperti pes. Jika terlalu kering tambah perahan limau. Ketepikan. Belah dua isi ikan tadi tetapi jangan putus. Letakkan campuran badam pada isi ikan dan gulung. Apabila ikan kemas digulung, sematkan lidi koktel supaya isi ikan tidak terbuka. Letakkan semua gulungan ikan di dalam tin bakar. Tuang perahan limau susu, baki perahan limau (oren), air dan air rebusan ikan. Tutup dulang bakar menggunakan kertas timah dan bakar 15 minit atau hingga isi ikan betul-betul masak pada suhu 180'C. Untuk membuat sosnya pula, panaskan minyak di dalam periuk tahan panas. Tumis bawang besar, batang saderi, cili merah, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Kacau lima minit di atas api sederhana. Masukkan lada benggala, tomato dan kuah ikan yang disejat setelah ikan masak dan dikeluarkan dari ketuhar. Biar kuah mendidih dan pekat. Masukkan garam, gula, baki daun parsli dan baki bunga kantan. Kacau rata. Apabila kuah cukup masak baru diangkat dan dihidangkan bersama ikan.