Daging Salai Masak Lemak Cili Api Kuala Pilah

Ramuan / Bahan

daging kg yang disalai mengunakan sabut kelapa. (hanya disalai tanpa api , cuma bara) sehingga kering. sebiji setengah santan kelapa yang diperah 2 bahagian iaitu 1 bahagian santan pekat dan 1 bahagian santan cair,cili padi(banyak/sikit),kunyit hidup 1 inchi dan belimbing buluh. (jika tidak ada belimbing buluh,boleh juga digantikan dgn mangga muda) boleh juga digantikan dengan pucuk ubi kayu. p/s jika anda meletakkan bahan yang masam, tidak perlu meletakkan lagi asam keping.

Cara-cara

Kisar cili padi bersama kunyit hidup. masukkan cili kisar tadi dgn santan cair tadi bersama daging salai yang telah dihiris. masukkan belimbing buluh . didihkan hingga santan cair tadi masak atu sehingga mendidih selama 10 minit. pastikan kuah dikacau selalu untuk mengelakkan santan beku atau berminyak. perlahankan api , masukkan santan pekat dan garam/penambah perisa (jika suka , masukkan juga tomato dibelah 2) , kacau sehingga kuah bertukar dari pucat kepada hijau kekuningan . (mesti dikacau selalu) .