Serunding Ikan

Ramuan / Bahan

1 kg ikan tenggiri
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil 1 cawan pati santan)
15 biji cili merah - bahan giling
4 sm halia - bahan giling
15 ulas bawang merah atau 5 labu bawang besar - bahan giling Bahan giling :
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
2 camca kecil garam
2 camca kecil gula

Cara-cara

Kukus ikan hingga lembut. Bila sejuk, asingkan isinya kemudian dilecek sedikit. Campurkan pati santan dan bahan giling, asam gelugur, garam, gula dan ikan, masak menggunakan api yang perlahan selama 5 minit sambil dikacau selalu. Kecilkan api dan goreng terus menerus hingga betul-betul kering.